BARCELONA 1 SEVILLA 0
BEKAS pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, terjaring bola ke gawang sendiri untuk memberikan Barcelona kemenangan tipis 1-0 ke atas Sevilla dalam perlawanan LaLiga di Estadi Olimpic Lluis Companys awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Xavi itu kelihatan akan berdepan satu lagi keputusan seri selepas terikat 2-2 dengan Mallorca pertengahan minggu ini tetapi gol sendiri Ramnos berbaki 14 minit terakhir mengembalikan rentak kemenangan mereka.
Kemenangan itu meletakkan Barca ke puncak LaLiga dengan kelebihan satu mata di atas Girona dan dua mata di atas Real Madrid, yang akan bertandang ke laman Girona awal pagi esok.
Selepas terikat dengan Mallorca pada Rabu lalu, Xavi melakukan empat pertukaran dengan kembali meletakkan Robert Lewandowski dalam kesebelasan utama, Jules Kounde berpasangan dengan Andreas Christensen di bahagian pertahanan sambil pemain berusia 16 tahun, Lamine Yamal, turut memulakan perlawanan itu.
Buat Sevilla pula, Ramos, 37, yang kembali ke kelab zaman remajanya itu pada bulan lalu selepas 16 tahun di Santiago Bernabeu dan dua tahun bersama Paris Saint-Germain (PSG), menjadi antara lima perubahan pemain yang dilakukan bagi menghadapi seteru setempat itu.
Kegusaran Barcelona dalam menghadapi keputusan seri ketiga musim ini akhirnya terubat pada minit ke-75 apabila tandukan Yamal daripada lambungan Ferran Torres terjatuh di depan Ramos sebelum pemain veteran itu tertolak bola ke gawang sendiri. - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Sep 30 2023
Bekas pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, terjaring bola ke gawang sendiri untuk memberikan Barcelona kemenangan tipis 1-0 ke atas Sevilla dalam perlawanan LaLiga di Estadi Olimpic Lluis Companys awal pagi tadi.
iPhone 17 Slim dijangka hadir dengan rekaan kamera belakang di bahagian atas-tengah
iPhone 17
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman tujuh hari.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
LaLiga: Barcelona sudah jatuh ditimpa tangga
Barca mengharungi kekecewaan, termasuk kehilangan pemain tengah, Frenkie de Jong dan Pedri, akibat kecederaan separuh masa pertama.
LaLiga: Joao Felix wira Barcelona tundukkan Atletico
Felix muncul duri dalam daging buat Atletico menerusi penyudahnya dalam separuh masa pertama untuk kemenangan 1-0 awal pagi tadi.
LaLiga: Gol sendiri Sergio Ramos bantu Barcelona menang tipis ke atas Sevilla
Bekas pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, terjaring bola ke gawang sendiri untuk memberikan Barcelona kemenangan tipis 1-0 ke atas Sevilla.
Alaba mohon maaf kepada penyokong Real Madrid susulan tewas kepada Atletico
Dalam ketiga-tiga kejadian, Alaba gagal mengawal pergerakan Alvaro Morata sebanyak dua kali dan Antoine Griezmann.
LaLiga: Barcelona sah bergelar juara selepas menang ke atas Espanyol
Barcelona mengesahkan kejuaraan LaLiga Sepanyol pertama sejak 2019 selepas menewaskan seteru setempat, Espanyol, 4-2.
LaLiga: Raphinha bintangi aksi Barcelona belasah Real Betis
Raphinha menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan untuk Barcelona kembali berkelebihan 11 mata.
Barcelona bincang kelibat Messi selepas tawan LaLiga - Xavi
Barcelona akan membincangkan mengenai masa depan Messi sebaik sahaja mengesahkan kejuaraan.
LaLiga: Castellanos jaring empat gol pastikan Girona aibkan Real Madrid
Kekalahan Madrid itu juga menyaksikan Barcelona kian hampir untuk bergelar juara LaLiga musim ini.
Presiden Atletico mahu lihat Messi, Ronaldo kembali ke LaLiga
Enrique Cerezo, mahu melihat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kembali ke saingan LaLiga sebelum kedua-dua pemain legenda itu bersara.